Selagi sepenuhnya kuasa kepada pengundi dan suara

Selagimanusia yang menguruskan atau mengawal sesuatu sistem tidak amanah dan tidakadil, perjalanan pilihan raya tetap lemah dan pincang. Jika ditukar sistembaru, mereka akan manipulasi sistem baru pula (Dr Muhammad Fathi Yusof, 2014) mengenaisistem pilihanraya berasaskan sistem proportionalrepresentatives (PR), satu pernyataan yang amat menarik. Sistem ini adalahantara cadangan demokrasi. Sistem perwakilan berasaskan peratus undi yangdiperolehi oleh sesuatu parti yang akan menentukan berapakah jumlah kerusi yangakan diperuntukan kepada parti berkenaan. Amalan ini diterima pakai dalampengurusan pilihan raya nasional di beberapa negara. Negara yang menjadi modelsistem ini ialah Indonesia, Rusia, Itali,Belanda dan sebagainya.

Selain asas peruntukan kerusi berpandukanperatusan jumlah undi, amalan negara-negara yang mengamalkan sistem inimeletakkan syarat, sesuatu parti perlu perolehi tidak kurang dari 5 peratusundi keseluruhan. Bermula 1998, dalam pembaharuan demokrasi di Indonesia,amalan perwakilan berasaskan nisbah ini digunakan. Sistem ini memberi haksepenuhnya kuasa kepada pengundi dan suara rakyat dihormati. Contohnya, jikaparti A memperolehi 20 peratus undi bermakna parti berkenaan diperuntukkan 20peratus kerusi. Parti menentukan siapakah anggota parti yang akan mengisi kuotademikian. Suara 20 peratus pengundi diberi hak menduduki badan legislatif.

We Will Write a Custom Essay about Selagi sepenuhnya kuasa kepada pengundi dan suara
For You For Only $13.90/page!


order now

Sistem amalan negara kita adalah berpandukan kepada model sistem pilihan rayaBritain, iaitu berasaskan perwakilan mengikut kawasan atau constituency representatives. Calon yang dapat undi tertinggi akandiistiharkan menang walaupun beza undinya satu undi mengatasi calon kedua unditertinggi, apa yang disebut sebagai the FirstPast The Post. Selepas PRU 12, pihakkerajaan popular dengan program transformasi, pihak pembangkang denganidealisme reformasi, ada pula pihak berminat kepada unity of government, maka wajarlah sistem pilihan raya kita jugadiubah kepada undi popular atau proportional represantatives, untukmelengkapkan pembaharuan-pembaharuan tersebut. Berbalik kepada asas demokrasi,”all members have an equal right tohave a say and to make their opinion count”  (Beetham. D.

2005). Amatlah wajar, demimenghormati hak dan kebebasan individu membuat keputusan dan bersuara, sistempilihan raya berasakan perwakilan proportional sebagai prinsip merealitikandemokrasi.